Selamat Datang ke Laman blog http: //idahch.blogspot.com. Sebarang pertanyaan bolehlah dihantar melalui email faridahjsks5@gmail.com.Terima kasih

RPH Sains



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN   : Sains
TARIKH                      :3 November 2011
HARI                           : Khamis
KELAS                       : 2 Cemerlang
MASA                         : 30 Minit (11.20 – 11.50 pagi)
TEMA                          : Pembelajaran Mengenai Benda Hidup
TAJUK                         :Benda Hidup dan Benda Bukan hidup.
OBJEKTIF UMUM     : Membuat pemerhatian ke atas benda dan dikumpulkan mengikut
  kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1)    Menyenaraikan nama-nama benda berdasarkan gambar.
2)     Mengelaskan benda dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup dengan betul.
3)    Merekodkan benda hidup dan benda bukan hidup dalam bentuk jadual.

KEMAHIRAN PROSES SAINS: memerhati, meramal, dan mengelaskan
NILAI DAN SIKAP SAINTIFIK: mempunyai sikap ingin tahu mengenai persekitaran
                                                 lebih sistematik, bekerjasama dan berani mencuba.
PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid mengetahui ada banyak benda di sekeliling mereka.
KEMAHIRAN KBKK   : menghubungkan, menyifatkan, mengumpul dan mengelaskan
BAHAN BANTU MENGAJAR: Bahan Maujud, peralatan TMK, kertas, buku aktiviti murid..
KAEDAH:                    1.Sumbangsaran
                                    2. Perbincangan
PENTAKSIRAN          : Aktiviti pengayaan


Langkah / Masa
Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Murid
Guru
Set induksi
 ( 5 minit)

Pengenalan tajuk.

Benda hidup dan benda bukan hidup
Murid menjawab soalan.

a)    Ini botol
b)    Ini pokok bunga

1. Guru menunjukkan  dua   
    bahan maujud.

2. Guru bersoal jawab  
     dengan murid
a)    Ini apa?
b)    Apakah perbezaan di antara dua benda ini?

3. Mengaitkan bahan
    dengan tajuk
    pengajaran.

KBKK : Membanding beza

BBM: Bahan
         Maujud
Langkah 1
 (10 minit)

Pencetus-an idea

Menyenaraikan nama-nama benda di persekitaran mereka.

Mengenal pasti benda mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup



1.Murid menyenaraikan  
   10 benda yang  
    terdapat di dalam   
    gambar.
 
2. Beberapa orang
    murid diminta   
    menyebut nama   
    benda yang
   diperhatikan.

3. Menyebut semula
    benda yang   
    disenaraikan.

4. Perbincangan  
    mengelas benda
   kepada kumpulan
   benda hidup dan  
   benda bukan hidup.


1. Guru meminta murid
     memerhatikan     
     gambar dengan teliti.

2.Guru mengedarkan
    kertas  dan meminta  
    murid menyenaraikan
   10 benda yang terdapat
   di dalam gambar sama
   ada benda hidup dan
   benda bukan hidup.

3. Guru mencatat jawapan    
    pada papan tulis.

4. Menyemak jawapan
    murid


KPS- memerhati
mengelas


BBM: gambar
          tunggal         

Langkah 2
 (10 minit)

Perkem-bangan
idea
Mengenal pasti benda mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
1.Murid membina
   jadual mengikut  
   kumpulan benda
   hidup dan benda
   bukan hidup.

2. Murid mengelaskan
    benda sama ada   
   benda hidup dan
   benda bukan hidup.

3.Wakil murid
   memberikan respon
   jawapan.



1.Guru meminta murid
    mengelaskan benda
    mengikut kumpulan.

2. Guru meminta murid       
    mengumpulkan    
    benda hidup dan bukan
    hidup dalam bentuk
    jadual.

3. Guru meminta wakil
    murid memberikan
    jawapan.
KPS- mengelas

KBKK- mengumpul dan mengelaskan

BBM: kertas
Penutup
 ( 5 minit)

Membuat kesimpulan dan latihan pengayaan.
1. Menjawab soalan
    secara lisan  
    daripada paparan.

2. Murid menjawab
    soalan di dalam 
    buku

1.Guru menjalankan
   perbincangan dan
   soal jawab bagi menguji
   pemahaman
   murid terhadap topik
   yang dibincangkan.

2. Guru membuat
    rumusan ciri benda 
    hidup dan benda bukan
    hidup.

3. Guru meminta murid
    menjawab latihan 
    di dalam buku nota dan  
    aktiviti Sains     
    halaman  3.

KPS- meramal

KBKK-menghubungkan

Lembaran kerja